Monday, December 7, 2009

First Day on Saddle !





Here you go....

Ramai juga teman-teman yang bertanyakan padaku tentang pengalaman awal berkuda ni. Ada yang bertanya directly to me dan ada juga yang postkan komen2 di facebook. Susah juga nak ceritakan semuanya di facebook...maklumlah agent 'gossip' & networking terkini....taklah boleh tulis panjang lebar sekadar utk update kabar berita dan bersukaria..Ada juga teman-teman yang 'request' supaya menulis blog tentang pengalamanku ini..Ahh..alasanku, aku tak pandai menulis..nanti lain pula bunyinya..tapi, insyaallah aku berazam untuk menulis. Sekarang ini, kiranya dah sampai seru untukku 'blogging'..

Kepada teman-teman yang ingin menjinak-jinakkan diri dgn aktiviti berkuda ni disini aku coretkan sekilas pengalaman manisku sewaktu 'first lesson or baby step' dlm ilmu ekuestrian ini..

Tarikh bertuah itu ialah 29 April 2009. Inilah hari pertamaku utk horse riding lesson. Perasaanku? tentulah excited yang teramat ! Tapi aku tak nafikan memang ada sedikit perasaan takut. Mana tidaknya, aku tidak biasa dgn makhluk Allah yang bernama 'horse' ini dan apatah lagi ada banyak cerita orang yang ku dengar tentang jatuh kuda, kene pijak kuda....hehhee...as a beginner, i felt the same thing...I have fear to horse of course and I could not imagine how we can be comfortable while riding a horse. Ahh..lupakan saja the negative thought..sebab tu la kena belajar..betul tak?

Mr Heri Siswanto...itulah nama jurulatih atau 'instructor' yang sangatku kagumi. Di blog ini, aku menggelarkannya, sifu! He is an Indonesian man, invited to come to Malaysia long years back to educate Malaysian about equestrian sports.
Waktu hari pertama itu, aku nampak namanya tercatat di white board di school kami dan di sebelahnya tercatat nama ' Buddy Red' , a dark brown male horse which was assigned to me for the very first lesson. Biasanya 'Buddy Red' digunakan untuk beginner student sebab kuda ini agak 'gentle' dan senang mengikut kata. Jadi sesuailah untuk beginner yer...hehe ada juga kuda yang di label 'kaki buli'....sabar ye...cerita itu ku simpan utk post yg akan datang.

Hari pertama, new student akan diajar di 'paddock' berbentuk bulatan..Untuk kalian yang tidak biasa dgn istilah equestrian, 'paddock' adalah padang pasir yang digembur ...ala2 pasir lompat jauh ...dan berpagar papan putih setinggi paras pinggang kita..Tujuan padang pasir ini adalah untuk cengkaman atau 'grip' yang lebih pada tapak kaki kuda..dan lagi satu, sekiranya student terjatuh atas pasir ni, mengurangkan ‘impact’nya. Dalam lesson pertama, ’instructor’ akan menggunakan tali yang diikat pada ’halter’/’bridles’ pada kuda. Tujuannya ialah supaya beliau boleh mengawal kuda 'in case of emergency' ketika student menunggang kuda di dlm bulatan. Lama kelamaan, tali ini akan dilepaskan jika student sudah boleh mengawalnya sendiri.

Dalam first lesson ini, ada beberapa konsep yang dipelajari :

1) Mounting the horse

Istilah 'mounting' ini sebenarnya ialah proses menaiki kuda. Oleh kerana kuda sangat tinggi, there're few things need to be followed in order to mount. Jika tidak, alamatnya tak mount la sampai bila-bila..hehe..My first attempt to mount tak berjaya...tapiku cuba lagi. Atas nasihat sifuku, penunggang perlu meletakkan kaki kiri di atas 'stirrup iron'(tempat letak kaki) , memegang 'rein' kiri (tali yg dipasang pada ’halter’/ ‘bridles’ kuda untuk ‘direction’ / ‘flexion’), dan sekaligus meletakkan tangan kiri di hadapan ‘saddle’ (tempat duduk penunggang), tangan kanan di belakang ‘saddle’ serentak ‘push’ badan kita ke atas kuda. Fuh! susah gak rupanya..baru mounting tu...second attempt berjaya!
Tapi bagi meraka yang tak boleh mount juga, ada steps atau kerusi utk meninggikan diri supaya senang nak panjat. Tapi, setakat ni aku berjaya mount tanpa bantuan steps….wah.. J

2) Basic movement on horse

Dalam istilah ekuestrian, ada 3 jenis horse movement yang penting iaitu :

‘Walk’
‘Trot’
‘Canter’

Apa bezanya? Sebenarnya kalau nak tulis sgtlah banyak utk diceritakan. Tapi secara ringkasnya movement ini dibezakan dgn gerakkan kaki kuda , bukan setakat kelajuan sahaja. Dalam first lesson, aku mempelajari tentang ‘Walk’ and ‘Trot’. Untuk coretan kali ini cukuplah ku sebutkan saja tentang istilah-istilah ini.

Then, slowly we’ll talk about ‘Canter’. ‘Gallop’ pula ialah extended ‘Canter’..kira lari pecut lah. Yang ni tak di’cover’ dlm syllabus yer…ekuestrian tak perlu gallop rasanye. Kalau polo yer la…hehe.. Kita discuss semua steps ni in detail dlm blog yg akan dtg lah yer…sebab setiap satunya ada banyak konsep yang kalau diceritakan takkan ade sudahnye… Bak kata sifuku…’belajar kuda takkan ada sudahnya’ hehhee….nampak cam senang kan?



3) Dismounting

Dismounting dlm bahasa pasarnya ..turun kuda..atau terjun kuda..hehhe..terjun? jgn terjun tak elok….kene slowly dismount sebab kuda tinggi…of course la buka kaki dari ‘stirrup iron’ dan turun.. Instructor akan berdiri di depan atau di sebelah sampai selamat turun ke bawah. Aku tak nafikan, sampai sekarang aku masih lagi mempelajari teknik dismount yg paling safe. Kadang kala aku turun cam pendaratan cemas pesawat…cam terjun..hehe…ada silapnye di situ. Turun sepatutnye slow in motion…masih belajar ! bukannya semua boleh di digest serentak..kadang2 bila belajar, konsepnya faham..tapi nak buat susah…tu yg mencabar…


Pengalaman Pertama Memakai ‘Helmet Berkuda'

First experience is always funny….Mula2 sifuku suruh ku ambil satu helmet di office..aku pon main cekup jer salah satu helmet..asal helmet..kemudian aku bawa ke stable dan pakai. Alamakk…kecik sgt..itu helmet budak2..saiz ‘S’..aduh..nervous jugak..first lesson la katakan. Kemudian sifu suruh tukar satu lagi…kali ini aku bawa ke stable lg skali dan confident boleh muat. Tapi…adui..tak muat lagi…kali ni saiz ‘M’ pulak…kehkhe..kali ke tiga, Sifuku sendiri yg carikan helmet utk aku..rupanya aku punye kepala saiz ‘L’ daaa…..Perasan kecik la nie…aku rase cam cerita ‘Si Petani, Tuan Puteri dgn Kapak Emas’ yg hilang dlm sungai..3 kali tuan puteri muncul dgn kapak berbeza..hehhe..
Antara kenangan ‘sengal’ ku dlm first lesson…Tak apalah, asalkan puas hati dan happy sekali.


Pengalaman Pertama Lebam di Kaki

Kisah ni menunjukkan lagi kesengalanku yg aku boleh maafkan…1st experience kan..Hari pertama ni, pakaian ekuestrian tak ku beli lagi...maklumlah kos utk memiliki ‘boots’, ‘chaps’, ‘gloves’ dan ‘jodhpur’ bila digabungkan harganya pon faham2 jer la…..Hari pertama aku cuma memakai seluar ‘track bottom’ dgn ‘sport shoes’..ala2 nak jogging…Tapi, lama kelamaan satu persatu equipment ni aku beli…ambil masa utk cari kedai yg jual dgn harga yg ‘affordable’…tinggal lagi aku tak beli ‘jodhpur’…Helmet dah ada boleh pinjam kat school…’pree of cas’…sebab helmet ‘WAJIB’ pakai ye….

Oleh kerana equipment tak lengkap lagi, terutama di bahagian kaki, sifuku kata ‘kejap lagi kaki mesti lebam’…mula2 aku tak faham kenapa..tapi bila dah mula ride baru aku faham..geseran antara betis dan badan kuda akan menyebabkan melecet atau lebam jikalau tak menggunakan a proper attire..patutla org pakai ‘long boots’..kalau yg pakai ‘short boots’ kene pakai ‘chaps’…ingatkan saje2 jer diorang nak lawa2 pakai..hehhe….yang aku pula, dgn ‘confident’nye pakai seluar dgn stokin pendek…Merbahaya tu tidaklaa..cuma takut tak selesa or lebam….betul! bila dah habis class, tengok kaki memang lebam….hehhe….tu la hadiah dari first lesson..

Apapun pengalaman hari itu, aku sangat menghargainya dan akan diingat sampai bila-bila. It is worth trying….

Sehingga berjumpa lagi di coretanku yang akan datang, nantikan ya......

Saturday, December 5, 2009

Something interesting to share...



Aku bukanlah pandai menulis..baru berjinak2 dgn blog..Just that, I have something to share with everyone...it's about my life and my horse riding or equestrian life...

Kata orang, kalau nak belajar kuda ni biasanye golongan yang kaya atau apa org kata tuh? 'Loaded'..ek..Sebab kos nye yang tinggi...hehe...betul ke? Bagiku itu tidak semestinya benar. Aku akui memang perlu menanggung sedikit kos utk mula belajar atau berjinak-jinak dgn hobi ni. Tapi, tidakla semestinya kena jadi kaya dulu. Sebab, tak semestinya kita kena memiliki kuda dan menanggung kos 'grooming' nye. Memang maintenance cost utk kuda sgt tinggi..tapi sekarang dah ada banyak equestrian school yg offer kos yg berpatutan dan berbaloi dgn apa yg dipelajari..lain2 kos cthnye maintenance kuda ditanggung oleh school.

Aku bukanlah golongan orang2 kaya atau 'loaded', bagiku impian nak berjinak2 dlm dunia ekuestrian ni dah mula sejak beberapa tahun lepas, semenjak aku di alam kampus...few years aku cari riding school yang sesuai...akhirnya bila aku dah bekerja di Cyberjaya dan tinggal di Putrajaya, aku jumpa equestrian school yg sesuai...di Putrajaya.. Di mana ade kemahuan, disitu ada jalan...tul tak?

Kenapa aku join?

Emmm...ramai juga kawan2 yang bertanyakan macam mana aku boleh terfikir nak belajar berkuda ? agak2nye kenapa yer.....hehhe

Bagiku kuda adalah simbol kegembiran dan freedom...bila kita menunggang kuda yg sedang berlari, ibarat di buai-buai dan perasaan gembira sekali..boleh la lupakan segala masalah, ataupun apa-apa yang membelenggu di hati. Lagipun, kuda adalah makhluk istimewa yang boleh berkomunikasi dan memberikan respon kepada si penungangnya. Dia manja, menghormati dan mahu dihormati... 'give respect to gain respect'...seolah-olah memahami perasaan kita...Horse riding helps me to be healthier, positive thinking and feel stronger...each lesson teaches us about to be strong, to be confident, to learn from failure and most importantly it teaches me not to feel fear. This is a precious value that I should always remember and apply in my life...no matter whatever happens in life, dun fear! . Kurasakan hidupku bertambah bermakna dan mendapat semangat baru...

Mungkin inilah sebabnye Rasulullah S.A.W menggalakkan kita mempelajari hobi mulia baginda ni...

Apa lagi yer utk dikongsi di sini...ahhh..cukuplah buat kali ni..dlm post yg akan datang, akan ku kongsi macam2 lagi pengalaman dan teknik dalam horse riding ni, dgn specific termnye sekali....

Semoga kalian dpt manfaat dari coretanku yang tak seberapa ini...

Sharing is caring....

Thursday, December 3, 2009